Sorry this form is not published
Last updated: Saturday, 06 February 2016
  • banding

Pengumpulan Maklumat Bekas Pelajar SMK Chukai

Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang mengumpul maklumat berkaitan penempatan bekas pelajar SMK Chukai di IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Maklumat ini sangat penting untuk sekolah dan JPNT - untuk melihat halatuju pelajar selepas alam persekolahan.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kepada semua bekas pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2012 hingga 2015 untuk mengisi borang yang disediakan melalui menu Jejak Pelajar yang disediakan di atas.

Lengkapkan borang --> isi kod yang dipaparkan --> Send

Mohon panjangkan maklumat ini kepada rakan dan kumpulan WhatApp / Telegram atau lain-lain media sosial anda.


Kerjasama anda amat kami hargai.

Ralat Dalam Buku Pengurusan

Terdapat beberapa RALAT dalam buku pengurusan dan akan dibetulkan selepas semua unit bermesyuarat dan melakukan pembetulan (jika ada)

Pencapaian PT3 2015

Pencapaian 2015

12 orang Semua "A"

Satu pencapaian terbaik berbanding tahun 2014 hanya 1 orang Semua A, peningkatan sebanyak 1200%. Tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang, ibu bapa dan guru-guru SMK Chukai. Semoga peningkatan ini akan menjadi inspirasi untuk peningkatan yang lebih cemerlang pada tahun 2016.

Ayuh.. kita sehasrat dan sederap untuk mencapai kegemilangan tersebut.

Lihat wajah pelajar ini... slip keputusan disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir , Timbalan PPD Kemaman

PENGISIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM UNTUK SPM DAN STPM

Untuk makluman semua pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6, pengisian markah 10% secara online oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia telah di buka mulai 15 Disember 2015 hingga 15 Feb 2016 (rujuk http://moe.gov.my). Mohon semua pelajar menyemak markah kokurikulum masing-masing melalui portal rasmi sekolah http://tepces.com/kokutepces. Segala masalah sila rujuk kepada Penolong Kanan Kokurikulum atau isi borang aduan melalui pautan e-Aduan yang terdapat dalam laman web tersebut. Kerjasama semua pelajar amat dihargai.

Alumni SMK Chukai

Makluman kepada semua bekas pelajar SMK Chukai, anda dialu-alukan untuk melawat Facebook Alumni sekolah ini. Sila buat carian dengan menaip Alumni SMKC

Semoga laman ini berfungsi sebagai penyambung hubungan rakan-rakan bekas pelajar SMK Chukai.

Pihak sekolah berharap agar Alumni sekolah ini dapat menyumbang tenaga dan idea atau apa sahaja demi untuk kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah ini.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan penubuhan alumni sekolah ini.

Mendapatkan Password Bestarinet (Ibu Bapa)

Semua ibu bapa boleh mendapatkan password 1bestarinet melalui pautan "ID Frog VLE" yang disediakan di atas. Seterusnya ikuti arahan yang di paparkan.

Pautan ini tidak boleh digunakan untuk mendapatkan password oleh pelajar dan guru.

Harap maklum.

SURAT KEPADA IBU BAPA / PENJAGA BERKAITAN FROG VLE

Bersama-sama ini saya lampirkan pautan kepada Surat Berkenaan. Mohon semua ibu bapa / penjaga untuk menyemak surat ini.

1. Surat Kepada Ibu Bapa / Penjaga

2. Surat Kepada Pelajar

3. Perjanjian Penggunaan Terkawal

4. Poster FROG VLE

Pihak sekolah akan membekalkan ID dan Password 1bestarinet kepada semua ibu bapa / penjaga dalam masa terdekat.

Peraturan Dalam Pemakaian Pakaian Unit Uniform

Surat Siaran daripada Jabatan Pelajaran Terengganu bertarikh 25 Ogos 2013 berkaitan Pemakaian Baju Unit Uniform Lengkap (Tanpa Kemeja T) dirujuk

TUDUNG

  1. Tudung warna hitam untuk unit uniform selain St John, PBSM, Puteri Islam
  2. Tudung warha putih untuk St John dan PBSM
  3. Tudung Warna merah jambu (Pink) untuk Puteri Islam
  4. Tudung hendaklah dibeli di Koperasi Sekolah untuk kelihatan seragam
  5. Tudung Bawal tidak dibenarkan

SELUAR

  1. KRS - Baju warna hijau muda mesti menggunakan seluar sekolah (Hijau)
  2. KRS - Baju warna hijau tua mesti menggunakan seluar yang sama warna dengan baju (hijau tua)
  3. Pengakap - Seluar warna  biru tua
  4. St John - Seluar warna hitam
  5. PBSM - seluar warna putih
  6. SELUAR PELAJAR PEREMPUAN - seluar yang berkain getah tidak dibenarkan. Anda hendaklah membeli seluar sekolah warna HITAM / BIRU TUA seperti yang digunakan oleh pelajar LELAKI.

KASUT - Mesti dipakai setiap kali menyertai aktiviti kokurikulum.

BAJU - Kemeja T tidak dibenarkan

Nota: Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan PK Kokurikulum.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai,
Jalan Kubang Kurus,
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Tel: 09-8591301 Faks: 09-8581768
Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.